Pengeboman Peshawar 19 April 2010
Pengeboman bunuh diri Peshawar 19 April 2010 menyebabkan 25 orang terbunuh di pasar Khawani Qissa, Peshawar, Pakistan. Pemimpin tempatan iaitu Dost Muhammad dari Jamaat-e-Islami turut terbunuh. Beliau antara yang memimpin protes terhadap inflasi dan kekurangan kuasa elektrik yang diadakan oleh pihak Jamaat i-Islami. Serangan juga ditujukan kepada pegawai polis bernama Gulfat Hussein seorang Syiah.[1]
Wartawan BBC Aleem Maqbool menyesyaki Taliban bertanggungjawab. Taliban mendapat tekanan di utara barat Pakistan apabila tentera Pakistan melakukan operasi memburu mereka. Sebelum ini Taliban melakukan berpuluh-puluh pengeboman.Sebelumnya, letupan bom di luar sebuah sekolah bandar membunuh seorang kanak-kanak laki-laki dan lain-lain cedera.[2]